Isnin, 22 Jun 2009

Jangan Jadi Munafik

Orang munafik ialah orang yang mengaku beriman dan beragama Islam, tetapi suka menyuruh berbuat kejahatan atau maksiat, dan melarang orang daripada melakukan kebaikan. Sebagai contoh, seseorang jurucakap menghebohkan kepada orang ramai agar datang beramai-ramai ke satu-satu pentas hiburan, yang mana pintu masuknya dibuka sebelum waktu maghrib dan akan dibuka semula untuk membolehkan para penonton keluar setelah masuk waktu isya'. Ketetapan ini menyebabkan orang-orang yang hadhir menyaksikan pentas hiburan itu tidak dapat menunaikan sembahyang fardhu maghrib. Dalam pada itu si jurucakap itu begitu tidak menyenangi untuk menyeru orang ramai agar datang ke masjid-masjid untuk beribadat dan belajar. Ini adalah ciri-ciri orang munafik. Oleh itu hendaklah kita semua jauhi.

1 ulasan: