Apabila ada seseorang memberi sesuatu hadiah atau sesuatu yang kita perlukan, ibubapa kita menyuruh kita mengucapkan terima kasih kepada orang yang memberi itu. Kenapa? kerana seseorang yang menerima atau diberi pertolongan atau mendapat jasa baik daripada seseorang, hendaklah ia menunjukkan rasa terhutang budinya kepada orang yang berbuat baik kepadanya itu. Dan menjadi tanda bahawa orang yang diberi pertolongan atau hadiah itu mempunyai hati dan perasaan tahu menghargai jasa orang kepadanya. Kalau tidak akan dianggap sebagai orang yang tidak tahu menilai budi seseorang. Begitu juga antara manusia dengan Tuhan mereka. Bahkan lebih-lebih lagi.
Kewujudan kehidupan ini adalah kerana ianya dicipta oleh Allah swt. Allah swt mencipta bumi adalah sebagai tempat untuk makhluk manusia dapat bertempat. Kemudian Allah swt mencipta manusia dan menempatkan mereka di atas muka bumi itu. Dengan ini bererti manusia itu adalah makhluk dan hamba Allah swt. Kalau sudah hamba, apakah tanggungjawab terhadap tuannya? Itu hamba yang dibeli, ini hamba yang dicipta. Kerana itu sangatlah besar tanggungjawabnya. Kalau hamba yang dibeli itu bertanggungjawab sekadar berkhidmat atau bekerja untuk tuan yang membelinya, tentulah hamba yang dicipta bukan sekadar untuk berkhidmat mentaati perintah Tuhannya, tetapi lebih besar dari itu iaitu bersyukur kepada Tuhannya.
Para ulama' tasauf menetapkan selain mulut atau lidah manusia wajib bersyukur, seluruh anggota badan manusia juga wajib bersyukur. Bermula dengan anggota paling atas badan iaitu kepala sampailah ke anggota yang paling bawah iaitu kaki. Dari anggota zahir di luar badan kepada anggota batin iaitu sikap hati. Semuanya wajib bersyukur kepada Penciptanya, Allah swt.
Bagaimana caranya anggota-anggota itu bersyukur? Bagaimana caranya kepala bersyukur? Bagaimana dahi bersyukur? Bagaimana mata bersyukur? Bagaimana telinga bersyukur? Bagaimana hidung bersyukur? Bagaimana gigi bersyukur? Bagaimana tangan bersyukur? Bagaimana perut bersyukur? Bagaimana kemaluan bersyukur? Bagaimana kaki bersyukur dan bagaimana hati bersyukur?
Ulasan akan disambung pada masa akan datang, insya' Allah........................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan