Kebanyakan umat Islam menyedari dosa itu hanyalah dosa-dosa zahir yang dikerjakan oleh anggota badan zahir seperti mata, telinga, mulut, tangan, anggota kemaluan, perut dan kaki, tanpa menyedari dosa yang dikerjakan anggota batin yang satu itu ialah hati. Sebenarnya umat Islam wajar menyedari dengan bersungguh-sungguh tentang dosa, tentang kategori dosa iaitu dosa selain terbahagi kepada dua iaitu dosa kecil dan dosa besar, terdapat pula aspek dosa zahir dan dosa batin. Kalau umat Islam tidak menyedari atau mengetahui kategori dosa batin atau dosa hati ini, maka umat Islam akan terus terjerumus di dalam melakukan dosa-dosa batin yang sebenarnya lebih besar berbanding dengan dosa-dosa yang dilakukan oleh anggota zahir seperti yang disebutkan. Mereka akan pulang ke akhirat dengan menyangka bersih setelah melaksanakan amalan-amalan sunat yang banyak seperti sembahyang sunat dan memakai kopiah serta serban, bukan amalan sunat berupa sedekah dan hadiah yang melibatkan harta atau wang, sedangkan hati mereka penuh dengan perasaan dengki, cintakan dunia dan cintakan kemewahan hidup.
Memang dosa yang dilakukan oleh anggota badan terbahagi kepada dua kategori. Pertama dosa kecil dan kedua dosa besar. Dosa besar pula terbahagi kepada dua ialah dosa besar yang melibatkan hak manusia dan yang semata-mata berurusan dengan Allah swt. Tetapi dosa hati tiada yang kecil, kecuali sangatlah sedikit. Belajarlah tentang dosa-dosa hati agar bila kita kembali ke akhirat, kita tidak akan membawa kecelakaan yang besar dengan menyangka kita tidak membawa sebarang dosa setelah kita begitu menjaga amalan-amalan zahir, baik amalan baik yang selalu kita kerjakan dan amalan buruk yang kita jauhi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan