Orang yang belajar tanpa guru, gurunya adalah syaitan. Kenapa? Kerana akal dan fahaman orang yang belajar tanpa guru akan mudah belot kearah fahaman yang menyeleweng. ini tidaklah beza sangat dengan orang yang berjalan di negara orang tanpa juru pandu, mudah sesat. Kenapa apabila belajar tanpa guru, fahaman mudah terseleweng? Kenapa menjadi sukar untuk mendapat fahaman yang benar dan betul? Memang orang berjalan di negara yang belum pernah ia lawati atau melancong ke sana, tanpa pemandu jalan, ia mudah tersesat, padahal jalan yang dilaluinya penuh dengan penunjuk arah atau tanda tempat. Tetapi apabila ia berjalan tanpa pembimbing, maka mudah sahaja ia melangkah ke arah yang tidak betul. Begitu juga dengan pelajar yang belajar tanpa guru. Tetapi ini harus diingat, hanya pada mempelajari ilmu-ilmu agama sahaja khasnya berkaitan dengan tafsir al-Qur'an, tafsir hadith, yang melahirkan ilmu-ilmu tauhid, fekah dan tasauf. Adapun ilmu-ilmu keduniaan yang tidak berkaitan dengan iman yang benar dan cara beramal yang betul, itu tidaklah dituntut kepada adanya guru. Cukuplah guru itu buku atau kitab atau alat-alat moden yang dapat diambil ilmu daripadanya. Bahkan untuk mempelajari ilmu sejarah Islam tidak disyaratkan kepada belajar daripada guru. Cukup dengan membaca dan membuat kajian sahaja. Ini telah disepakati oleh ulama'-ulama' besar zaman dahulu. Mereka berpendapat, sekiranya mempelajari ilmu sejarah Islam diketatkan sebagaimana syarat ilmu hadith, nescaya banyaklah fakta-fakta sejarah yang akan terbuang dan banyaklah maklumat-maklumat sejarah yang hilang dari pengetahuan kaum muslimin. Di antara yang berpendapat begini ialah Imam Ahmad bin Hanbal ( Imam Hambali ).
Isnin, 22 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan