Amalan berziarah adalah sangat dituntut dalam Islam. Kenapa? Kerana amalan saling berziarah dapat mengeratkan tali silatur rahim sesama saudara atau keluarga. Tetapi janganlah terlalu kerap, kerana boleh menjemu atau membosankan. Amalan selalu berziarah bukan akan mengakrabkan, sebaliknya boleh merenggang. Sedangkan tujuan berziarah adalah untuk mengeratkan. Kalau selalu berziarah ke rumah keluarga atau sahabat atau kenalan itu bukanlah benar-benar kerana mahu merapatkan perhubungan atau persahabatan, tetapi kerana ada udang disebalik tunggul kayu di dalam air atau sungai. Sebab itu selalu sangat berziarah tidak digalakkan KECUALI dua pihak yang saling senang menyenangi. Dua pihak ini kalau tidak kerap berziarah atau bertemu, boleh merenggangkan perhubungan mereka. Kalau macam ini hendaklah sentiasa berziarah. Kalau boleh setiap hari kena bertemu. Kejadian ini terjadi kepada Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad saw dengan sahabat karib baginda Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Aisyah bercerita bahawa Rasulullah saw dan ayahnya setiap hari mesti bertemu. Kalau tidak pagi, pasti sebelah petang.
Kesimpulannya, berziarahlah sekerap mana yang kita mahu, asalkan kekerapan ziarah kita itu disukai, bukan diumpati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan