Sabtu, 27 Jun 2009

Yakinilah Tuhan Itu Allah, Yakinilah Allah Itu Satu

Umat Islam adalah umat yang paling ramai jumlahnya di dalam dunia berbanding dengan umat-umat agama lain terutama Keristian, Buddha, Hindu dan Yahudi. Tetapi umat Islam dianggap sebagai umat yang paling lemah sekali di dalam berbagai-bagai bidang atau persoalan. Dengan kata lain dikatakan umat yang paling mundur di dunia. Tak apa. Ini adalah satu kenyataan dan sebab-sebabnya bukan disebabkan oleh agama Islam dan ajarannya, tetapi disebabkan oleh sikap umat Islam itu sendiri. Sudah ditakdirkan, umat Islam menjadi anutan manusia-manusia yang kurang upaya di dalam pengurusan kehidupan dunia secara saintifik dan teknolojik.

Soalnya sekarang, apakah umat Islam secara keseluruhannya benar-benar beriman kepada Allah swt sebagaimana yang dikehendaki? Atau sekadar beriman di mulut sahaja, tidak meresap ke dalam hati dengan sebenar-benarnya? Ya, umat Islam zaman kini tidak benar-benar meyakini Allah swt itu adalah Tuhan mereka yang melindungi mereka, tidak benar-benar menyakini Allah swt itu adalah Tuhan yang Esa yang tidak dikuasai oleh Tuhan yang lain.

Oleh itu saya berseru kepada seluruh umat Islam sekarang agar kembalilah kepada kepercayaan yang dikehendaki iaitu meyakini ketuhanan Allah swt dari aspek uluhiyyah dan rubiyyah, kerana inilah satu-satunya jalan untuk mengembalikan keagongan umat Islam daripada dipandang rendah dan hina serta kembali memahami sains dan teknoloji. ......bersambung.......................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan