Selasa, 23 Jun 2009

Kait Mengait Yang Serasi Mesti Dicipta

Kita hairan kenapakah ada manusia yang athies. Tetapi itu adalah satu sunnah Allah swt ke atas secebis makhlukNya. Memang Dia tidak membenarkan, tetapi Dia kehendaki. Itu adalah berdasarkan ilmu dan kemahuanNya sejak azali. Tetapi Allah swt akan mengambil kira terhadap pertimbangan akal manusia. Kenapa mereka athies? Kenapakah mereka tidak dapat menerima kewujudan Tuhan!? Apakah yang menghalang akal mereka untuk menetapkan kewujudan Allah swt Pencipta kewujudan ini?
Mengapakah kaum athies tidak melihat kepada kejadian ini? Kepada kejadian yang saling kait mengait di antara satu dengan yang lain. Apakah mereka tidak mahu memandang dan berfikir secara waras kepada matahari, kenapakah ianya wujud dan apakah hubung kaitnya dengan bumi dan kehidupan di bumi? Apakah mereka tidak mahu melihat pada bulan, kenapakah bulan itu wujud dan apakah kaitannya dengan matahari dan kehidupan makhluk di atas bumi? Apakah kaum athies tidak melihat dan menilai pada pokok yang tumbuh di dalam air yang buahnya gugur setelah masak dan terus dimakan oleh sejenis ikan di dalam air di bawahnya? Apakah tumbuhnya pokok yang buahnya menjadi makanan sejenis ikan di dalam sungai atau air di tempat pokok itu tumbuh sengaja dicipta atau adanya di situ secara kebetulan? Kalau kebetulan, siapakah yang menjadikan kebetulan yang sempurna dan saling kait mengait dengan serasi di antara ikan di dalam air dengan pokok yang tumbuh di dalam air yang buahnya menjadi makanan sejenis ikan di dalam sungai itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan