Semua orang faham, tidak semua gila itu buruk dan menakutkan, kerana ada beberapa jenis gila yang berfaedah dan menyeronokkan. Sebagai contoh ialah gila kepada ilmu pengetahuan. Gila ini bagus dan sepatutnya semua orang masuk ke dalam barisan kegilaan ini. Lahirnya lulusan-lulusan Ph.D dan Profesor-Profesor adalah disebabkan mereka mengalami penyakit kegilaan jenis ini. Apakah saudara-saudara merasa sukar untuk menjadi gila kategori ini? Atau merasa sangat berat untuk membariskan diri ke dalam senarai golongan gila sebegini? Bolehjadi saudara-saudara merasa tidak selesa dan mengalami sedikit kesukaran untuk menjadi manusia gila membaca, kerana terpaksa menggunakan banyak pancaindera untuk terdaftar ke dalamnya, kerana terpaksa menggunakan banyak anggota dan juga alat ilmu, sedangkan saudara begitu kepingin untuk termasuk ke dalam golongan atau puak manusia yang berilmu tinggi, luas dan dalam! Tak apa, anda jadilah manusia gila jenis mendengar, kerana seseorang yang gila mendengar tetap akan mendapat mengisi ilmu ke dalam dadanya seperti juga manusia yang gila membaca atau manusia Pembaca Gila. Ini adalah kerana gila mendengar tidak perlu menggunakan banyak anggota dan tidak juga bahan-bahan atau alat-alat ilmu kecuali sekadar menadah telinga sahaja. Oleh itu ceburkan diri anda ke dalam cara kedua ini, Pendengar Gila.
Isnin, 22 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan