Isnin, 22 Jun 2009

Bersedekahlah Biarpun Sedikit

Amalan sedekah adalah amalan para nabi dan rasul. Amalan orang-orang salih dan muhsinin. Tetapi apakah semua para nabi, para rasul, para salihin dan para muhsinin itu adalah orang-orang kaya yang mempunyai kekayaan yang melimpah-limpah ruah sehingga kerana itu mereka begitu suka besedekah? Siapa kata Nabi Nuh as seorang manusia yang kaya raya sehingga menjadikan Nabi Nuh as sangat suka bersedekah? Tidak. Nabi Nuh as adalah seorang nabi lagi rasul yang miskin. Dia hanya seorang tukang kayu yang hidup melarat. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan kais subuh makan subuh. Kalau miskin kenapa suka bersedekah? Ini menunjukkan jiwa yang disukai oleh Allah swt. Allah swt meskipun menjadikan para nabiNya manusia-manusia miskin, tetapi para nabi dan rasulNya tetap suka bersedekah kerana kemuliaan hati dan jiwa mereka bersih. Ini para nabi dan rasul yang miskin. Para nabi dan rasul yang kaya-kaya lebih-lebihlah suka bersedekah seperti Nabi Yusuf as, Nabi Daud as dan Nabi Sulaiman as. Tetapi apa yang penulis sarankan sebagaimana tajuknya ialah bersedekahlah biarpun sedikit sebagaimana yang dilakukan oleh para nabi dan rasul yang miskin-miskin. Kerana Rasulullah saw menyatakan bahawa, " Bersedekahlah walaupun hanya sekadar sebelah korma, kerana ianya akan menjadi dinding daripada api neraka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan