Hidup manusia sentiasa bergelumang dengan dosa. Sejak bangun pagi sampai menutup mata di atas ranjang, manusia sentiasa berhadapan dengan perbuatan menderhakai Allah swt, Pencipta diri mereka, Pemberi rezeki kepada mereka setiap hari, Tuhan yang sangat menyayangi mereka. Tetapi nak buat macam mana, sudah merupakan dasar kehidupan. Kalau manusia tidak melakukan dosa, tidaklah dinamakan kehidupan manusia. Itu adalah kehidupan malaikat atau binatang. Binatang yang jahat kalau hendak dikira sentiasa melakukan dosa. Tetapi sebab mereka binatang yang tidak mempunyai akal, maka Allah swt tidak memberi dosa kepada binatang yang melakukan perbuatan dosa sebagaimana manusia jahat.
Kenapa manusia suka sangat melakukan dosa atau derhaka terhadap Allah swt, Tuhan mereka? Ini adalah gara-gara nafsu. Nafsu yang bercabang-cabang kehendak itu. Bukan nafsu seks sahaja. Bukan nafsu sukakan keseronokan, suka himpunan harta kekayaan, suka kepada kecemerlangan, suka kepada pujian dan sebagainya sahaja, tetapi nafsu suka segala-gala yang bertentangan dengan perintah Allah supaya melakukan ketaatan kepadaNya.
Orang yang banyak atau suka melakukan dosa, tidak merasa apa-apa kesakitan atau kepenatan badan disebabkan dosa-dosa yang bertimbun-timbun di atas kepala dan belakangnya semasa mereka hidup di atas dunia ini. Tetapi awas, segala-galanya akan terasa setelah mereka menutup mata di atas hamparan. Setelah malaikat membawa roh mereka ke alam barzakh. Setelah mereka dihadapkan ke hadapan Allah swt. Ketika itu barulah si pendosa merasa beban dosa yang dilakukannya ketika dia hidup di atas dunia dahulu.
Apakah tiada jalan keluar kepada manusia yang tidak lepas daripada melakukan dosa dan juga para penggemar membuat dosa untuk mereka terselamat setelah mereka berada di hadapan Allah swt di alam barzakh nanti? Tentu ada jalannya. Jalan pelepasan atau kelepasan tetap ada. Macam-macam jalan ada. Jalan luas jalan sempit ada. Jalan besar jalan kecil ada. Cuma mahu tak mahu sahaja. Insaf tak insaf sahaja. Itu sahaja perkara yang menghalang manusia untuk bebas daripada bebanan dosa setelah mereka berada di muka Allah swt nanti.
Marilah kita melihat jalan-jalan pelepasan atau kelepasan daripada dosa-dosa yang kita lakukan selama hidup kita di dunia ini.
1. Bertaubat, ertinya menyesali pada dosa-dosa yang telah dilakukan, kedua meninggalkan daripada melakukannya lagi, dan ketiga, tidak bercita-cita lagi untuk kembali melakukannya. Ini hanya khusus untuk menghapuskan dosa besar.
2. Mengambil wudhu' sama ada untuk sembahyang atau tidak.
3. Bersambung pada hari yang lain,insya' Allah...........................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan